Friday, March 28, 2014

Tayar Motorku Dua


Malam yang tenang cuma kenderaan,
Vromm.. Vroomm..
Aku di ajak bersapa orang,
Jumpa di tengah pulau kota,

Siapaa ? Siapa ...

Aku tak kenal
Itu kawan aku punya kawan.

Siapa dia ?
Dari luaran mat motor
Dalam jiwa generasi muda,
Ohh itu Mat Rempit.

Masa tiba disambut dengan tawa.
Kahh Kah Kahh!
Kawan aku berdekah sambil bertanya.
Cuma aku terdiam sejenak.

Bukan aku sombong,
Bukan aku belagak,

Aku kurang peramah.
Tidak selesa dengan keadaan yang merasuk jiwa. Aku bagaikan mengidamkan menjadi seperti mereka. Aku tak liar tapi ku mahu berkawan.

Ingat di sejarah lalu,
Pertama kali aku membawa,
Aku jatuh tersungkur berdarah limpah ke tanah. Hancur!Pecah!Patah!Ranap semua!
Hati mula gusar dan risau terbayang kemarakkan nafsu kemarahan ayah.
Terbayang terbayang! Tidak hiraukan keselamatan cuma ayah yang aku fikirkan.

Alhamdulillah,
Aku masih selamat.

Akhirnya aku masih tidak pandai membawa.

0 Penulis:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

© Hak Cipta Terpelihara Mimpi Bahagia Nyata Duka 2014.
Templates ini telah direka oleh Enny Law dan diubahsuai oleh Kay.