Thursday, April 24, 2014

Tidak Dibenarkan Untuk Tidur

Pagi tadi macam biasa aku pergi jogging dengan kawan-kawan aku. Bermula dari pukul 8:00am sampai pukul 10:00am. Kira-kira 30 minit untuk satu pusingan dan 1 jam 30 minit kami lepak dekat kedai minum. Penat! Baru nak masak-masak buat fitness ni. So tak biasa lah nak penat teruk. Selalu duduk rumah goyang kaki je. Ikutkan dah dua minggu bersenam tapi masih tak cukup tenaga lagi nak buat dua round. Heee.

Aku tak pandai lah nak bercerita pulak.
Aku post ni sebab nak kongsi something.
Berkenaan dengan waktu tidur. Aku dulu selalu bangun tidur then pening kepala.
Hilang lah mood nak buat semua benda. Tu tak kena ni tak kena. Tapi tu dulu, lepas aku dapat tahu ada waktu untuk tidur, aku cuba ikut, jaranglah kena headache. Kawan aku ada bagitau yang dia pening kepala pagi tadi. Bila aku bagitau sebab2, dia tak percaya. haha.




Ada waktu tidur yang tidak disarankan oleh Rasulullah SAW
1. Tidur Selepas Makan
2. Tidur Sepanjang Hari
3. Tidur Selepas Solat Subuh Dan Awal Pagi
4. Tidur Pada Waktu Asar
5. Tidur Sebelum Isyak
-sumber
6. Jangan buat-buat tidur. hehe
-sendiri

Akibat terlalu banyak tidur :
1. Banyak tidur akan mematikan hati.
2. Menambah berat badan.
3. Menghilangkan manfaat masa.
4. Menimbulkan kemalasan.
5. Banyak tidur ini hukumnya sangat makruh.
6. Banyak tidur juga akan membahayakan badan dan tidak bermanfaat bagi badan.
-sumber

Korang cuba jangan tidur waktu yang tidak disarankan, In Shaa Allah berhasil.
Kalau tak jadi jugak pergi hospital check dekat doktor takut ada masalah pada kepala. Jangan lupa banyakkan minum air masak sebagai harian anda.

© Hak Cipta Terpelihara Mimpi Bahagia Nyata Duka 2014.
Templates ini telah direka oleh Enny Law dan diubahsuai oleh Kay.