Thursday, April 24, 2014

Tidak Dibenarkan Untuk Tidur

Pagi tadi macam biasa aku pergi jogging dengan kawan-kawan aku. Bermula dari pukul 8:00am sampai pukul 10:00am. Kira-kira 30 minit untuk satu pusingan dan 1 jam 30 minit kami lepak dekat kedai minum. Penat! Baru nak masak-masak buat fitness ni. So tak biasa lah nak penat teruk. Selalu duduk rumah goyang kaki je. Ikutkan dah dua minggu bersenam tapi masih tak cukup tenaga lagi nak buat dua round. Heee.

Aku tak pandai lah nak bercerita pulak.
Aku post ni sebab nak kongsi something.
Berkenaan dengan waktu tidur. Aku dulu selalu bangun tidur then pening kepala.
Hilang lah mood nak buat semua benda. Tu tak kena ni tak kena. Tapi tu dulu, lepas aku dapat tahu ada waktu untuk tidur, aku cuba ikut, jaranglah kena headache. Kawan aku ada bagitau yang dia pening kepala pagi tadi. Bila aku bagitau sebab2, dia tak percaya. haha.




Ada waktu tidur yang tidak disarankan oleh Rasulullah SAW
1. Tidur Selepas Makan
2. Tidur Sepanjang Hari
3. Tidur Selepas Solat Subuh Dan Awal Pagi
4. Tidur Pada Waktu Asar
5. Tidur Sebelum Isyak
-sumber
6. Jangan buat-buat tidur. hehe
-sendiri

Akibat terlalu banyak tidur :
1. Banyak tidur akan mematikan hati.
2. Menambah berat badan.
3. Menghilangkan manfaat masa.
4. Menimbulkan kemalasan.
5. Banyak tidur ini hukumnya sangat makruh.
6. Banyak tidur juga akan membahayakan badan dan tidak bermanfaat bagi badan.
-sumber

Korang cuba jangan tidur waktu yang tidak disarankan, In Shaa Allah berhasil.
Kalau tak jadi jugak pergi hospital check dekat doktor takut ada masalah pada kepala. Jangan lupa banyakkan minum air masak sebagai harian anda.

Sunday, April 20, 2014

Ayat - Ayat Hikmah Cinta


Sekali sekala...

1. Untuk apa bercouple seandainya ia mendekatkan kita dengan si dia tetapi menjauhkan kita daripada Allah

2. Jangan berani berjanji  kalau tak pandai nk tepati janji  Jangan nak bercinta kalau tak pandai nak setia

3. Kadang-Kadang kita terlampau menjaga hati orang lain . Akhirnya hati kita yang sakit kerna kita dah bersikap jujur!


4. Cinta tak mengenal usia  cinta adalah percintaan yang lahir dari dua insan berbeza jarak usia tapi bersatu atas dasar kepercayaan / cinta sejati.


5. Lelaki dan perempuan selalunya tidak boleh menjadi kawan kerana cinta pasti menjadi penghalang.


6. Kalau orang dah tak sayang , jangan laa layan , biar dia bengang , jangan kita jadi bangang !


7. Kalau dah jumpa dia yang sanggup bersama kita masa susah dan senang, selalu ada bila semua orang pinggirkan kita, tak pernah meminta-minta, tolong jangan lepaskan dia. Hargailah. Sebab orang macam ni cuma satu dalam seribu.


Saturday, April 19, 2014

Kali Pertama


Assalamualaikum ....

Akan aku mulakan bicara,
Yang sedih dan terluka,
Pelbagai dugaan dan ujian untuk aku,
Inilah ujian dari Allah SWT untuk hambanya.
Walaupun cuma ujian sekecil kuman,
Aku terima dengan sekuat-kuat jiwa,

Pada mulanya, aku memandu pacuan empat roda,
aku membawa seorang sahabat ke kota bersama,
niat aku hanya beriadah,
tetapi....
datangnya satu musibah.


Satu hentakkan dan geseran yang sangat kuat. 
Akhirnya kecundang kerana cuba membaham lori yang berada di tepi jalan.


Ini adalah kali pertama dalam Sejarah hidup aku.
Aku mengharap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.


Wednesday, April 09, 2014

Auto Accept Friend Requests [ Facebook ]

Masalah :-
Penat nak accept dekat friend request ?
Lambat nak tekan accept satu per satu ?
Kena guna sofware ?

Penyelesaian :-

Sila ikuti tutorial ini langkah demi langkah.

1. Buka akaun facebook.


2. Sila buka link ini.

https://www.facebook.com/reqs.php

3. Copy javascript ini dan letakkan pada address web

javascript:for( i = 1;i<document.getElementsByName("actions[accept]").length;i++){document.getElementsByName("actions[accept]")[i].click();}void(0);
Contoh.
 
4. Masa paste javascript tu, nanti akan hilang 
( javascript: ) jadi korang kena tambah sendiri.
Tengok highlight pada gambar.

5. Tekan Butang Enter dan Tunggu Beberapa Saat. SIAP!

p/s: Hanya untuk pengguna Google Chrome sahaja .



Wednesday, April 02, 2014

Tiba - Tiba Aku Jatuh Cinta

Ada satu malam,
Malam 1001 cerita,

Wajahnya seolah-olah bercahaya.
Bagaikan bidadari yang turun ke bumi,
Aku tidak percaya ini adalah illusi atau khayalan,
Memang, Memang aku telah lama kurang dengan cinta,
Tapi aku percaya ini adalah sebenar-benarnya.

Neelofa.
Andai kau adalah sebenarnya seperti yang di dalam gambar.
Indahnya dunia, tenangnya hati.
Aku yakin satu hari pasti kau berbuka hati.
Aku cuma berdoa.
Aku cuma mampu menyokong dari belakang.




SELAMAT MALAM CINTA.

© Hak Cipta Terpelihara Mimpi Bahagia Nyata Duka 2014.
Templates ini telah direka oleh Enny Law dan diubahsuai oleh Kay.