Monday, March 31, 2014

Aku Lidi Dia Sasa


Aku ada satu cerita,
Ini kisah aku dan si sasa,
Mungkin ini akan terasa tetapi niat aku bukan
Menghina,
Mengutuk,
Mencaci,
Mengumpat ataupun Mengata.

Sebelum bicara bermula,
Aku menadah sepuluh jari memohon maaf,
Ini cuma luahan hati aku.

Aku memang mengenali dia, si sasa.
Dulu lepak macam biasa
Sekarang lepak macam brader.
Terdengar coretan seperti anak muda,
Salah guna tenaga memberontak dunia,
Tidak punya apa tidak punya kuasa.

Berlagak seperti dia yang hebat,
Hebat dari Laksamana Jebat,
Tak boleh disakat,
Bila dia buat, Tidak siapa berani rapat,
Terpaksa tunduk malu dari masyarakat kerana dipulau oleh si sasa musibat.

Pernah ada satu cerita,
bila si sasa lepak dengan si usia.
Kata-kata si sasa membuatkan si usia terasa, cuma si usia mampu meluahkan apa yang dia rasa.

Orang lain juga mempunya ciri-ciri sasa,
Tetapi tahu menghormati sesiapa,
Gunalah tenaga untuk melawan durjana,
Bukan melawan yang tidak setanding,
Walaupun usia tak seberapa,
hormatilah orang lebih tua,
Kita masih mentah,
belum jumpa kerenah di dunia,
Silap hari terlajur kata,
kerana mulut badan binasa.

0 Penulis:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

© Hak Cipta Terpelihara Mimpi Bahagia Nyata Duka 2014.
Templates ini telah direka oleh Enny Law dan diubahsuai oleh Kay.